Bengkel Cuti Sekolah: Ogos 2017

 Cuti

Pengenalan

Atas permintaan ramai, K-FIQH dengan kerjasama Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du'at (MURSHID) mengadakan lagi Bengkel Cuti Sekolah. Bengkel ini diadakan khas hanya untuk pelajar berumur dari 10 hingga 17 tahun.

Bengkel ini bertujuan untuk mendidik dan mengasah bakat yang terpendam dalam kalangan anak-anak. Di samping mengisi ruang masa di kala cuti sekolah dengan program bermanfaat.

 

Objektif

  1. Mendidik dan mengasah bakat yang terpendam dalam kalangan anak-anak.
  2. Mendidik anak-anak supaya mempamerkan bakat di jalan positif.
  3. Mengisi ruang masa sewaktu cuti sekolah dengan aktiviti bermanfaat.

 

Kursus Ditawarkan

=====================
1. ASAS MELUKIS KOMIK
=====================
Tarikh: 27 Ogos 2017 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan MURSHID, Mutiara Gombak, KM11 Jalan Gombak
(Landmark: Berhadapan SMK Sungai Pusu)
Pemudahcara: Abg Nik Wafdi (Majalah Bekazon)
Pautan borang: http://tiny.cc/bengkelkomikogos17

==========================
2. ASAS PERTANIAN ORGANIK
==========================
Tarikh: 28 Ogos 2017 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Malaysian Institute of Sustainable Agriculture, Batu 8 1/2 Jalan Gombak
(Landmark: Berhadapan Masjid Zakaria, Jalan Gombak)
Pemudahcara: Abg Hud Sulaiman (Malaysian Institute Sustainable Agriculture)
Pautan borang: http://tiny.cc/pertanianorganik17

* Penceramah dan tajuk tertakluk pada perubahan

 

Yuran Pendaftaran

 

KATEGORI

YURAN

ASAS MELUKIS KOMIK

RM30 SEORANG

 

ASAS PERTANIAN ORGANIK

RM30 SEORANG

 

 

Nota: Pihak penganjur hanya mengadakan yuran hanya untuk individu sahaja. Segala kesulitan amatlah dikesali

Ingin Menyumbang?

Anda juga boleh membantu menaja peserta-peserta lain yang kurang mampu sebagai infaq fisabilillah. Pihak K-FIQH akan memilih peserta-peserta ini yang kebiasaannya di kalangan pelajar yang kurang berkemampuan. Anda hanya perlu menambah jumlah dan nyatakan jumlahnya di dalam borang pendaftaran. Semoga infaq anda menjadi saham berharga di akhirat In Sya Allah.

 

komik

ORGANIK