Seminar Fiqh Solat Sempurna Mac 2019

Image and video hosting by TinyPic

 

 

 

 

Pengenalan

Solat merupakan salah satu perkara rukun yang mesti dilakukan oleh setiap Muslim yang mampu dan mukallaf. Pelbagai perkara berkaitan solat mesti dipelajari agar ibadah ini diterima oleh Allah SWT. Perkara berkaitan dimaksudkan seperti syarat sah, rukun dan rukhsah sewaktu solat.

Dengan ini, Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du'at (MURSHID) dengan kerjasama K-Fiqh Sdn Bhd dan Elzar Shariah Solutions & Advisory membawakan Seminar Fiqh Solat Sempurna. Seminar ini diadakan pada 2 Mac 2019 (Sabtu) di sekitar Dewan Seminar Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persektuuan (MAIWP), Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur.

Seminar ini bertujuan bagi memberikan penerangan mengenai tatacara solat secara sempurna dan tepat. Seminar ini juga memberikan kefahaman mengenai isu berkaitan solat seperti syarat sah, rukun dan rukhsah.

 

Tentatif

08.00 am

Pendaftaran

08.30 am

Sesi 1: Falsafah Solat & Tatacara Wudhu' dan Bersuci

Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Presiden MURSHID

10.30 am

Minum Pagi

11.00 am

Sesi 2: Ibadah Solat Sempurna (Bahagian 1) - Niat hingga Iktidal

Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Presiden MURSHID

1.00 pm

Makan, Solat Zohor & Rehat

2.30 pm

Sesi 3: Ibadah Solat Sempurna (Bahagian 2) - Sujud hingga Salam

Imam Muda Abdul Jabbar

4.00 pm

Sesi 4: Panduan Solat Bagi Pesakit & Solat Sewaktu Musafir

Ustaz Mustafar Mohd Suki

5.00 pm

Tamat

* Penceramah dan tajuk tertakluk pada perubahan

 

Yuran Pendaftaran

KATEGORI

YURAN

INDIVIDU

(PENDAFTARAN DITUTUP PADA 24 FEBRUARI 2019)

RM50 SEORANG

 

Ingin Menyumbang?

Anda juga boleh membantu menaja peserta-peserta lain yang kurang mampu sebagai infaq fisabilillah. Pihak penganjur akan memilih peserta-peserta ini yang kebiasaannya di kalangan asnaf yang kurang berkemampuan. Anda hanya perlu menambah jumlah dan nyatakan jumlahnya di dalam borang pendaftaran. Semoga infaq anda menjadi saham berharga di akhirat Insya Allah.

 

Butang Daftar